Orang ramai berkumpul untuk menerima sumbangan beras yang disampaikan Abdul Ghani. |
SUNGAI PETANI – Menyedari masyarakat kini berdepan kos sara hidup tinggi, sebuah NGO aktif mengagihkan barangan keperluan asas kepada penduduk setempat.
Sebanyak 2,300 kampit beras diagihkan secara percuma menerusi program sedekah jariah yang dianjurkan Abdul Ghani Haron bersama rakan media sosial Facebook/WhatsApp, yang diadakan buat kali ke-empat.
Abdul Ghani, 61, yang mesra dikenali sebagai Cikgu Ghani, mula mengagihkan 1,500 kampit beras seberat lima kilogram (kg) kepada orang ramai seawal 6 pagi, di halaman rumahnya, di Tikam Batu, kelmarin.
“Sebanyak 300 kampit beras percuma sudah diagihkan di Kampung Padang Setoi, Bukit Selambau. Manakala 500 kampit lagi akan diserahkan kepada pihak masjid berhampiran.
"Kesemua beras diagihkan kepada golongan dewasa, warga emas dan orang kurang upaya terdiri daripada golongan kurang berkemampuan,” katanya.
Menurutnya, pihaknya berharap pemberian beras percuma sebanyak 6,800 kampit bernilai RM76,160 sepanjang tahun ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan sasaran.
“Bukan beras sahaja, saya dan rakan-rakan turut salurkan pelbagai barangan keperluan harian lain seperti minyak masak, ayam, lampin pakai buang, susu bayi dan minyak petrol,” katanya.
Katanya, pihaknya turut menyumbang 10 buah kerusi roda kepada hospital di Kangar, Perlis.
“Program sedekah jariah turut menaja minuman kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Abdullah Fahim, di Kepala Batas, Pulau Pinang,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan usaha murni bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda itu yang menawarkan petrol percuma kepada pemilik motosikal.
Sumbangan itu juga bukan kali pertama dilakukan, sebaliknya kali keempat selepas berlakunya kenaikan harga petrol/diesel sepanjang tahun ini.
Abdul Ghani berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan individu yang mahu menyumbang.
Sumber: Sinar Harian