KUALA NERUS – Lazimnya hanya orang dewasa memasukkan kad pada mesin perakam waktu untuk catat kehadiran kerja, namun lain pula hal di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak.
Mesin itu bukan sahaja merakamkan waktu keluar masuk guru dan kakitangan sekolah, malah kesemua ratusan murid tidak terkecuali perlu mengetik kad masing-masing apabila datang dan pulang setiap hari persekolahan.
Ia sekali gus menjadi sekolah pertama di Terenggau yang memperkenalkan mesin perakam waktu khusus untuk pelajar dan mungkin julung kali seumpamanya dilaksanakan di Malaysia sendiri jika tidak pun di peringkat dunia.
Usaha inovasi tersebut sebenarnya bagi memupuk disiplin dan mengatasi masalah ponteng dalam kalangan murid yang nakal bahkan inisiatif unik itu dicetuskan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, pelaksanaan mesin perakam masa tersebut juga bagi mendidik keseluruhan kira-kira 821 muridnya untuk sentiasa menghargai menepati waktu selain meningkatkan disiplin diri mereka sendiri.
Sebanyak enam unit mesin perakam waktu yang disumbangkan oleh pihak PIBG sekolah berkenaan akan ditempatkan mengikut tahap kelas kata Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin.
Beliau ketika merasmikan penggunaan mesin berkenaan di sini bermula pada hari ini, berkata pihaknya turut menyokong penuh inisiatif sekolah tersebut dan PIBG untuk mengaplikasikan mesin berkenaan terhadap murid.
“JPNT sentiasa menyokong segala inisiatif sekolah untuk meningkatkan kualiti dan disiplin murid masing-masing namun mereka perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak PIBG jika mahu mengaplikasikannya,” katanya.
Turut hadir ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Zam Zam Mohamad @ Jusoh dan Pengerusi PIBG, Mohd. Zamzaini Zolkeffli. – Agensi