Siti Kasim, Azira Ditegur Pensyarah


Belum lagi reda dengan kontroversi yang dicetuskan peguam dan aktivis terkenal Siti Kasim, kini seorang lagi seorang wanita Melayu mencadangkan supaya azan yang ingin dikumandangkan perlu mendapat kebenaran penduduk terlebih dahulu.

Kenyataan aktivis bebas, Azira Aziz itu menjadi tular di Twitter dan netizen menganggap beliau sebagai seorang Islam liberal.

Susulan itu, seorang pengguna Facebook Syahr Musafir mengemukakan pendapat beliau terhadap dua individu tersebut.

Jelasnya, tiada paksaan dalam Islam iaitu tiada individu yang bukan Muslim atau kafir yang boleh dipaksa untuk menganut Islam dan mereka boleh pilih sama ada memeluk agama Islam atau kekal dengan agama mereka.

“Namun, setelah menganuti Islam, tidak boleh suka-suka hati nak keluar daripada Islam, nak murtad tak tentu hala. Betullah apostasy is not applicable in Islam, not among Muslims. Ini ajaran Islam. Tertulis jelas. Tiba-tiba Siti Kasim meroyan tak tentu pasal mempersoalkan ni dah kenapa?

“Seorang lagi ni buat hal jugak. Tak pasal-pasal mempersoalkan laungan azan oleh masjid dan surau perlu mendapat kebenaran penduduk. Kalau di negara yang tidak mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi atau agama majoriti, bolehlah nak letakkan peraturan sebegitu. Logiklah juga dari segi manusiawi.

“Malaysia ini negara Islam. Majoriti rakyatnya adalah Muslim. Orang bukan Islam di Malaysia ini tak pertikai hal ini, hang orang Islam pula kecoh-kecoh bagai ni apekehenyer?” tulisnya.

Syahr Musafir berkongsi pengalamannya tinggal di Australia selama lapan tahun dan laungan azan boleh didengari di merata tempat tanpa sebarang masalah.

Jelasnya, mereka yang mempersoalkan mengenai laungan azan ini adalah individu yang mahu menyesuaikan keadaan dengan nafsu duniawinya dan menggunakan ilmu agama mengikut kemahuan mereka.

“Inilah golongan liberal yang tak sudah-sudah nak menghancurkan Islam sedangkan mereka juga adalah orang Islam sendiri. Nak re-interpret Islam dengan cara menggunakan logik akal mentafsir al-Qur’an dan hadis, tanpa ada pengetahuan dan ilmu yang jelas tentang Islam.

“Inilah dua contoh muslim liberal yang makin mendapat nama, pengaruh dan tempat dalam masyarakat Muslim di Malaysia: Siti Kasim dan Azira Aziz. Main ikut sedap sahaja nak ‘buat agama baru’ dengan menafsirkan Islam dengan logik diri sendiri dan mengikut nafsu,” tulisnya.

Jelasnya, perkongsiannya di laman Facebook ini supaya masyarakat kenal dengan ‘musuh dalam selimut’ yang ada di negara ini yang merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar segala perkara berkaitan Islam.

“Siti Kasim, Azira Aziz dan sekutu-sekutu, aku nak pesan hang jangan nak berdegil mahu memutar-belitkan Islam dan masyarakat Muslim lagi dan memporak-perandakan situasi, Allah SWT itu lebih hebat daripada hang.

“Jangan dok ingat mudah-mudah nak perdayakan masyarakat dengan pemikiran pelik hang tu. Hang jangan ingat hang buat perangai kami akan berdiam diri. Kami akan lawan balik,” tulisnya. – Kedahnews.com