DITINGGALKAN suami akibat penyakit Lymphatic Filariasis yang mengakibatkan sebelah kakinya membengkak, nasib Juan Suwanchatree, 44, akhirnya terbela apabila ada insan yang sudi membantunya mendapatkan rawatan pakar.
Juan, yang berasal dari Thailand, mula mengalami penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu.
“Saya bertemu doktor yang telah memberikan ubat kepada saya namun ia tidak berkesan sebaliknya kaki saya semakin membengkak.
“Saya juga telah mencuba ubat tradisional namun tidak berkesan,” kata Juan.
Wang simpanannya juga telah habis dibelanjakan untuk rawatan dan bagi menyara hidupnya, dua anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja mengambil upah menoreh getah.
Ketika mereka keluar bekerja, Juan dijaga oleh ibu bapanya yang telah tua.

Namun nasib Juan berubah menjadi cerah apabila bertemu dengan Bhin yang sering mengembara ke seluruh Thailand bagi membantu golongan miskin.
Bhin telah memberikan wang kepada Juan untuk rawatan namun percaya wanita itu akan memerlukan wang tambahan untuk rawatan susulan.
Lelaki itu juga difahamkan telah melancarkan kempen membantu wanita malang berkenaan. – Kedahnews.com