SUNGAI PETANI – Hampir sembilan bulan berlalu selepas tapak Kompleks Arkeologi Sungai Batu diisytihar sebagai tamadun terawal dan tertua di rantau Asia Tenggara ini.
Tapak yang terletak di Lembah Bujang, dekat mukim Merbok, Daerah Kuala Muda, Kedah itu dilaporkan berusia lebih 2,000 tahun.
Lima pakar arkeologi yang mewakili lima tamadun utama dunia iaitu Mesopotamia, Indus, Mesoamerica, China dan Greek-Rom mengesahkan tapak arkeologi itu jauh lebih tua daripada Angkor Wat di Siem Reap di Kemboja yang dibina pada kurun ke-12, berusia 900 tahun dan Candi Borobudur di Yogyakarta, Indonesia kurun ke-9 iaitu 1,200 tahun.
Sejak penemuan tapak arkeologi itu lebih 10 tahun lalu, pelbagai pihak beranggapan bahawa khazanah negara itu mempunyai potensi pelancongan yang cukup besar.
Malang sekali sehingga ke hari ini, kawasan itu agak sepi dari sudut pembangunan pelancongan serta bilangan orang ramai yang datang berkunjung tidak seperti yang diharapkan.
MASALAH KEWANGAN
Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Agama dan Warisan Kedah mengakui hakikat gerak kerja dan momentum agak perlahan di tapak arkeologi tersebut dan tidak sehebat ketika tapak tersebut ditemui.
“Kalaulah penemuan ini berusia 100 tahun saya tidak perlu beri komen dan kalau 500 tahun pun mungkin biasa.
“Tapi tapak ini sesuatu yang luar biasa dari semua segi kerana ia mewakili tamadun tertua di Asia Tenggara,” katanya kepada Bernama.
Mengakui masalah kewangan sebagai punca utama kepada situasi itu, Mohd Rawi berkata kerajaan negeri tidak berkemampuan sepenuhnya untuk membangunkan tapak arkeologi itu.
Ianya juga termasuk untuk membina sebuah muzium di Sungai Batu.
Malah kerja arkeologi yang berjalan ketika ini pun hanya bergantung kepada geran penyelidikan daripada kerajaan pusat.
Menurut Mohd Rawi, geran berjumlah RM500,000 disalurkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan ia masih tidak mencukupi.
Beliau berharap kerajaan pusat dapat memberi perhatian yang lebih serius terhadap penemuan bersejarah itu termasuk menjadikannya sebagai pusat tarikan pelancong seperti Candi Borobudur di Indonesia.
“Kerajaan pusat tolonglah bagi perhatian sebaik mungkin. Bukan sahaja untuk meningkatkan industri pelancongan tetapi menaikkan semangat serta jati diri bangsa Malaysia bahawa negara ini juga hebat pada masa silam.
“Perlu bincang secara serius macam mana nak angkat penemuan ini sebagai satu penemuan yang boleh menjadi kebanggaan negara, di saat perasaan jati diri di kalangan rakyat agak longgar ketika ini. Inilah penemuan yang menunjukkan tamadun orang Melayu dulu sangat hebat,” katanya.
PERLU ADA KOMITMEN
Sejak menjalankan kajian di Sungai Batu itu, pasukan arkeologi USM telah membuat beberapa penemuan penting seperti relau melebur besi, jeti pelabuhan serta bangunan pentadbiran.
Bagaimanapun, penemuan terpenting adalah monumen bulatan disahkan telah dibina pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun dahulu menggunakan teknik “Optically Stimulated Luminescence” (OSL), berkemungkinan berfungsi untuk tujuan ibadat bagi penganutnya yang mengamalkan kepercayaan animisme.
Turut ditemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah ‘Kedah Tua’ itu ribuan tahun dahulu.
Bagi Prof Datuk Mokhtar Saidin, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, semua pihak terutamanya kerajaan pusat dan negeri perlu ada inisiatif khususnya dari aspek kewangan bagi membolehkan kerja ekskavasi dapat terus dijalankan.
Beliau juga berharap kawasan berkenaan dapat dibangunkan khususnya dari aspek pelancongan.
“Perlu komitmen bersungguh-sungguh untuk dapatkan sumber kewangan. Semua pihak perlu membantu dan bersatu hati,” katanya dan menambah kos untuk menaikkan sebuah kapal purba sahaja mencecah hampir RM30 juta.
BADAN BEBAS URUS KOMPLEKS ARKEOLOGI SUNGAI BATU
Ketika ini terdapat lima pelajar Ijazah Doktor Falsafah dan seorang penuntut Ijazah Sarjana sedang membuat kajian lapangan di tapak arkeologi itu bersama 10 penduduk tempatan.
Mazlan Manan, Pengerusi Persatuan Arkeo-Adventure Tamadun Sungai Batu berkata sebuah badan bebas untuk mengurus kawasan Sungai Batu perlu diwujudkan bagi melihat pembangunan tapak bersejarah itu dari sudut komersial.
“Pelaburan besar diperlukan untuk membangunkan tapak ini secara kreatif dan yang paling penting untuk buat kajian dulu bagaimana tapak arkeologi terkemuka seperti Angkor Wat diuruskan,” katanya.
Melihat kepada keadaan kompleks arkeologi itu sekarang, Mazlan berkata bagaimanakah kerajaan negeri mahu menarik kedatangan pelancong sedangkan keadaan infrastrukturnya tidak teratur malah tidak mempunyai sebuah galeri pun.
PENDUDUK SETEMPAT TIDAK FAHAM
Penghulu Kampung Bujang, Zamri Jamaluddin berkata masih ramai penduduk kampung yang tidak faham mengenai tapak arkeologi itu.
Malah pernah suatu ketika ada orang kampung yang beranggapan bahawa kawasan itu adalah tempat untuk membela itik.
Apa yang dikatakan Zamri itu ada kebenarannya apabila seorang penduduk kampung yang ditemui mendakwa para pengkaji yang sedang melakukan kerja arkeologi di kawasan tapak itu sedang mencari ‘harta karun’.
Hal itu mungkin kerana penduduk kampung masih kurang pendedahan mengenai cerita sebenar tamadun Kedah Tua kerana ianya terlalu berat dan bersifat ilmiah untuk difahami.
Penceritaan sejarah hidup adalah antara usaha yang boleh menjadikan kawasan itu sebagai tarikan pelancong.
Menurut Zamri, kebanyakan pengunjung yang datang sukar untuk membayangkan secara keseluruhan rupa bentuk ‘Kedah Tua’ malah masih tidak memahami apa sebenarnya yang ditemui.
Tinjauan Bernama di kompleks arkeologi itu mendapati beberapa kiosk seperti kiosk cenderahati, kiosk makanan dan kaunter tiket yang terletak di kawasan tempat letak kereta berdekatan tapak arkeologi tutup.
Difahamkan, kiosk tersebut hanya pernah sekali dibuka iaitu semasa perasmian Festival Kedah Tua 2016 yang lalu dan terus tidak beroperasi sehingga kini.
USAHA TARIK KEDATANGAN PELANCONG
Menurut Mohd Amin Ali, wakil Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), walaupun kompleks arkeologi itu kelihatan secara zahirnya sunyi dari segi kedatangan pelancong, namun rekod USM menunjukkan kehadiran yang agak baik iaitu seramai 66,829 sepanjang 2016.
Mengenai kaunter tiket dan beberapa kiosk yang tidak beroperasi, beliau menjelaskan ianya kerana kerajaan negeri masih mempunyai beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Jabatan Warisan Negara.
Bekas pembantu lapangan dan pemandu pelancong di tapak arkeologi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zai berpendapat pihak tertentu begitu tergopoh-gapah menjadikan kawasan itu sebagai tempat pelancongan.
Ini memandangkan kawasan itu sebenarnya masih tidak bersedia menerima kedatangan pengunjung kerana beberapa kekurangan termasuk tempat penginapan, aktiviti serta kemudahan.
“Mereka ini (pihak tertentu) tidak mahu membuat ulang kaji dan perbincangan dengan pihak yang berkepakaran dalam hal pelancongan. Kami bukan hanya pemandu pelancong tapi kami juga duta pelancongan setempat dan banyak belajar daripada pelancong yang datang ke sini.
“Orang setempat pun masih belum tahu apa itu Sungai Batu. Bukan salah masyarakat setempat kalau mereka kurang faham. Apa yang dapat dilihat ialah pendedahan melalui program ke kampung-kampung sangat kurang,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan statistik jumlah kehadiran pelancong pada tahun lalu.
“Memang ada pelajar sekolah yang datang melawat pada setiap bulan atau minggu. Tapi apa yang saya perhatikan pelawat yang datang dalam rombongan besar hanya datang sekali sahaja sebab kurang dapat pendedahan cerita, gerai pameran pun tiada selain kemudahan seperti tandas yang tidak memuaskan,” katanya. – BERNAMA