Tayar Kereta Kena Toreh Di Bahu Jalan Di Sg Petani

Keadaan tayar kereta milik mangsa yang dipercayai ditoreh dalam kawasan hospital.
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki kecewa apabila kereta yang diletakkan di bahu jalan sebuah hospital di sini ditoreh hingga pancit.

Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 30'an berkata, kejadian berkenaan berlaku selesai menziarahi seorang rakan 11 April lalu.

“Pada mulanya saya sangka terkena sesuatu tetapi apabila diperiksa ternampak seperti kesan torehan di permukaan tayar.

"Saya letak di bahu jalan tetapi tidak menghalang lalu lintas atau laluan kereta lain, tak perlulah nak toreh tayar kereta pula,” katanya.

Sumber: Sinar Harian