ALOR SETAR - Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe tetap menganggap keputusan seri 1-1 yang diraih Kedah dalam perlawanan menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Rabu lalu satu keputusan yang positif menjelang aksi bertemu Terengganu di separuh akhir Piala FA, Ahad ini.
Beliau memuji pemain Kedah yang tetap menguasai permainan biarpun terpaksa beraksi di atas padang becak dan menyukarkan pergerakan dan hantaran.
Katanya, ia satu permulaan kebangkitan yang baik untuk Kedah bagi menghadapi perlawanan Piala FA menentang Terengganu.
"Kita memiliki beberapa peluang percubaan yang hampir membolosi gol lawan melalui pemain tengah Sandro Da Silva dan penyerang Ken Ilso Larsen, namun ketangkasan penjaga gol perak Hafizul Halim yang bertindak cemerlang berjaya menggagalkan banyak peluang percubaan.
"Kita perlu terus fokus dan tingkatkan lagi ketajaman di depan pintu gol dalam mengharungi aksi lebih penting pada Ahad ini dalam saingan separuh akhir Piala FA bertemu pasukan Terengganu di Stadium Darul Aman," katanya.
Katanya, jaringan gol cantik yang dihasilkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-70 berjaya menaikkan semula semangat semua pemain setelah ketinggalan 0-1 pada minit ke-60 dan pemain berjaya meningkatkan tempo permainan yang lebih pantas terutama jentera serangan.
"Semua pemain telah bekerja keras dalam menaikkan semula semangat dan saya rasa mereka sudah kembali menunjukkan tahap keyakinan dan prestasi yang diharapkan," katanya.
Sumber: BH Online