"Tengah Viral Ya, Bior Le..." - Bekas Suami Datuk Seri Vida


BERITA perceraian jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) dan suaminya Fairuz Ahmad menggemparkan masyarakat dan menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Mana taknya, pasangan ini dilihat ‘cocok’ dan sangat menyokong antara satu sama lain.

Setelah khabar angin itu diakui kesahihannya oleh DSV sendiri semalam, timbul pula beberapa spekulasi kurang enak didengar tentang punca keruntuhan rumahtangga mereka itu.

Antaranya adalah ada suara-suara sumbang yang menudingkan jari ke arah sikap Fairuz sendiri yang dikatakan menjadi punca perpisahan itu berlaku.

Bagaimanapun, meskipun berita perceraian mereka sudah tular, Fairuz enggan memberikan sebarang komen mengenainya.

Apabila dihubungi pihak media, Fairuz hanya memberi respon sebegini:

“Tengah viral ya, bior le, no comment. Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment.“

Sementara itu, dalam satu temubual, DSV mengakui beliau amat hancur hati dan turut menyatakan bahawa perpisahan ini memberikan impak yang besar terhadap dirinya.

Namun, DSV juga turut menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali cuba menyelamatkan perkahwinannya dan menerima dengan redha ketentuan Ilahi.

Pasangan ini bernikah pada Oktober 2014 dan ini merupakan perkahwinan ketiga usahawan berjaya itu. –Kedahnews.com