Terapi Api Untuk Kurangkan Berat Badan


ANDA mahu kurus?

Anda boleh cuba kaedah yang diamalkan di beberapa salon kecantikan yang menggunakan api untuk membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Salon-salon yang terletak di Beijing itu telah menggunakan kaedah berkenaan dan mereka mendakwa pelanggan boleh mengurangkan berat badan sehingga 10 kg dalam masa sebulan dengan bayaran minimum sebanyak RM1,279.

Kaedah yang digunakan ialah membalut pelanggan dengan dua tuala basah sebelum tuala itu dibakar. Tuala berkenaan turut direnjis dengan alkohol dan air bagi tujuan mengawal api tersebut

Ia menjadi trending di Beijing dengan banyak pakej promosi ditawarkan menerusi media sosial.

Bagaimanapun di sebalik populariti kaedah yang dikenali sebagai terapi api itu, ia boleh mendatangkan bahaya kepada pelanggan sekiranya salon terbabit tidak melakukannya dengan teliti dan sempurna.

Malah tindakan pemilik salon yang membiarkan pekerja mereka mengendalikan terapi api kepada pelanggan tanpa lesen yang sah juga membimbangkan.

Tahun lepas, kaki seorang lelaki terbakar selepas mencuba kaedah tersebut manakala Januari lalu, muka seorang wanita berparut akibat terapi api itu. –Kedahnews.com