ALOR SETAR - Berbekalkan semangat yang kental tidak mengenal lelah, tiga penjelajah ikon sukan lasak negara akhirnya berjaya mengatasi rekahan ais panjang yang mungkin menjadi rintangan terakhir sebelum melakar sejarah negara.
Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 35, serta atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37; dalam misi menakluk titik 90 darjah Utara iaitu teratas Kutub Utara, dijangka tiba ke matlamat tersebut kurang sejam dari masa laporan ini ditulis.
Memetik kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Setiausaha Akbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles sebentar tadi, tiga wira yang bakal mengharumkan nama negara itu terpaksa mengambil masa kira-kira 7 jam untuk mengatasi halangan tersebut.
"Saudara Qobin telah menghubungi kami kira-kira setengah jam tadi memaklumkan mereka dijangka akan dapat menamatkan penjelajahan kurang sejam dari sekarang selepas berjaya mengharungi kawasan rekahan ais yang panjang.
"Walaupun keletihan kerana perlu mencari laluan alternatif yang lebih panjang, yang mana mereka mengambil masa tambahan kira-kira 7 jam, namun Inshaa Allah mereka akan dapat sampai ke titik tengah 90 darjah sebentar lagi. Satu lagi kejayaan besar untuk negara bakal terlakar.
Titik 90 darjah Kutub Utara terletak pada latitud 90 darjah Utara sekali gus semua garisan longitud bertemu pada titik berkenaan dan pada kedudukan tersebut juga, setiap arah seseorang itu menghadap adalah selatan.
Qobin, Shahrom dan Muhammad Irwan merupakan anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) melakukan “Last Degree Ski” sejauh 111 kilometer bakal catat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal menakluk Kutub Utara.
Mereka berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April lepas sebelum berpangkalan di Longyearbyen, iaitu terletak di Pulau Svalbard, Norway kira-kira 2,046 kilomter dari ibu kota Norway itu selama seminggu.
Mereka kemudiannya memulakan misi penjelajahan dari Stesen Barneo di Kutub Utara ke Titik 90 Darjah itu. Sepanjang ekspedisi, mereka akan berski sambil menarik kereta luncur salji yang mengandungi barang keperluan.
Ini termasuk peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.
Ekspedisi ke Kutub Utara itu merupakan ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. - Kedahnews.com