NEW DELHI – Ibu bapa seorang bayi perempuan yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan berkata, mereka ‘mendapat hukuman Tuhan’ dengan kelahiran kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan berikrar akan tetap memelihara bayi berkenaan.
Petani, Omprakash Yadav dan isterinya, Phoolmati Devi tidak tahu anak mereka akan dilahirkan cacat.
Doktor berkata, kecuali tidak mempunyai kaki dan tangan, bayi itu sihat.
Phoolmati, 22, dari Koria di Chhattisgarh, negeri di utara India berkata, dia dan suaminya tetap akan menerima kehadiran bayi mereka dan menganggap kecacatannya sebagai ‘balasan Tuhan’, kerana dosa yang mereka lakukan sebelum ini.
Doktor GD Baghel dari hospital daerah Baikunthpur berkata: “Kanak-kanak itu sihat. Beratnya seperti bayi biasa. Semua organnya berfungsi dengan baik, hanya dia tidak mempunyai kaki dan tangan.
“Bayi yang belum dinamakan itu lahir di rumah sebelum dibawa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Menurut Omprakash, dia tidak dapat menyatakan perasaannya dengan kelahiran anak sulungnya itu.
“Saya gembira kerana memperoleh anak. Tetapi kegembiraan itu terganggu apabila saya terbayang masa depan anak saya itu,” katanya.
Phoolmati pula berkata: “Apabila bayi dilahirkan tanpa tangan dan kaki, ia adalah hukuman daripada Tuhan. Mungkin kami dihukum kerana kesalahan masa lampau. Bidan memberitahu semuanya normal.
“Saya melahirkannya tengah malam dan hanya dimaklumkan mengenai keadaan bayi saya keesokan hari.
“Saya terkejut. Saya mengharap bayi saya seperti kanak-kanak lain. Saya tetap menerimanya walaupun dia tidak bertangan dan berkaki.” – Agensi