ALOR SETAR - Puan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Puan telah direkodkan sebagai wanita tertua di Malaysia dengan usia 121 tahun.
Usia Tok Puan dikatakan lebih empat tahun daripada wanita tertua di dunia, namun difahamkan bahawa di atas beberapa kesilapan teknikal, usia beliau tidak diiktiraf.
Tok Puan juga difahamkan berasal daripada Kuala Nerang, dan memiliki kad pengenalan bernombor 960412, tetapi nombor 96 sering disalah tafsir tahun 1896 kepada 1996.
Menurut laporan The Star sebelum ini, Tok Puan kini menetap di Kuala Sanglang dan mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, malah beliau dikatakan pernah memiliki enam suami.
Beliau dikhabarkan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 12 April lalu ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya.
Bercakap mengenai tips panjang umur, Tok Puan tidak mempunyai amalan yang khusus tetapi banyak memakan ulam-ulaman sejak kecil sehingga kini.
Sehingga kini kesihatan Tok Puan masih ditahap baik kerana beliau masih bebas bergerak tanpa pertolongan sesiapa seperti memasak dan membancuh kopi untuk dirinya sendiri.
Namun, walaupun penglihatan Tok Puan agak kabur, tetapi pendengarannya masih baik.
Pad tahun 2012, Tok Puan pernah tular kerana berlaku salah faham pada sistem pendaftaran dalam permohonan BR1M yang mengesahkan umurnya baru belasan tahun pada ketika itu, namun perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik.
Baru-baru ini, laman berita CNN pada 17 April 2017 telah melaporkan mengenai kematian seorang manusia tertua yang hidup di abad ini iaitu Emma Morano yang dilahirkan pada 29 November 1899 dan di khabarkan telah meninggal dunia pada umur 117 tahun. - Kedahnews.com