Muhammad Ali berkerusi roda sepanjang masa untuk bergerak menyebabkan dia tidak mampu keluar bekerja dan mencari nafkah buat keluarga |
SUNGAI PETANI - Seorang penjual soya dari Bandar Puteri Jaya, di sini hilang punca pendapatan setelah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan tumit kakinya hancur dan hanya bergantung harap pada kerusi roda.
Muhammad Ali Abdul Mutalib, 38, bapa kepada tiga anak tidak dapat bekerja sejak dua bulan lalu sekali gus gagal menyediakan keperluan anak dan isteri, apatah lagi isterinya baru sahaja habis berpantang melahirkan anak ketiga mereka.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa pulang dari Pejabat Pendaftaran Negara selepas selesai mendaftarkan nama anak baharunya kira-kira jam 10 pagi 6 Februari lalu.
"Masa itu saya menunggang motosikal dan sebelum sampai ke lampu isyarat berdekatan Taman Ria Jaya, ada sebuah motosikal lagi di depan yang secara tiba-tiba mahu menukar haluan menyebabkan saya brek mengejut. Akibatnya tumit saya dihempap motosikal," katanya.
Muhammad Ali berkata, dia sudah membuat pembedahan memasukkan besi di bahagian tumit namun memerlukan masa agak lama sebelum boleh berjalan seperti biasa.
"Sepanjang tempoh itu, saya tak dapat jual soya yang upahnya kira-kira RM50 sehari.
"Perbelanjaan kini hanya guna sepenuhnya gaji isteri sebagai jurujual di pasar raya sebanyak lebih kurang RM1,500 sebulan termasuk menyediakan keperluan anak yang baru lahir," katanya.
Selain perlu menyediakan keperluan anak bongsu, Muhammad Haras Ikhwan, dua bulan, dia juga perlu memberi perhatian terhadap anak sulung, Muhammad Faris Zafran, 5, yang kini dihantar ke taska dan kedua, Muhammad Haris Zakuan, 3, yang memerlukan susu khas bagi mengatasi masalah penghadaman serta sembelit.
Mereka kini tinggal di rumah sewa dengan sewa sebanyak RM300 sebulan.
Penderitaan keluarga itu kemudiannya mendapat perhatian Econsave yang hadir menghantar bekalan susu, lampin pakai buang dan barangan keperluan lain bagi kegunaan keluarga tersebut.
Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban Muhammad Ali yang kini tidak bekerja bagi menyara keluarga.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB bernombor 7058323950 atas nama isteri Muhammad Ali, Norizza Bekeri.
Sumber: Sinar Harian