Ujian Siren Tsunami Di Kedah Dan Sabah Hari Ini


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Sabah dan Kedah hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman Facebook Malaysian Meteorological Department, ujian siren itu akan dilaksanakan di Tuaran, Sabah dan di Kota Kuala Muda serta Kuala Kedah, Kedah, antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang atau cemas ketika pengujian dijalankan dan sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh jabatan berkenaan.