SETELAH empat bulan bergelar tunangan orang, pelakon manis Ummi Nazeera akhirnya mengumumkan dia bakal diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya, Dr. Izzar pada 30 Ogos depan.
Pengumuman itu dibuat Ummi menerusi laman Facebook live, baru-baru ini.
Menurut pelakon drama Nahu Rindu ini, majlis pernikahan itu bagaimanapun akan diadakan secara tertutup.
“Majlis itu akan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Ini sebagai menghormati privasi keluarga sebelah bakal suami saya,” katanya.
Bagaimanapun, Ummi dan Izzar akan mengadakan dua majlis resepsi iaitu pada 5 Ogos dan 12 Ogos khas buat rakan-rakan dan media.
“Kami putuskan untuk mengadakan dua majlis khas buat kenalan terdekat serta media sama-sama meraikan hari bahagia kami.
“Doakan semua persiapan kami berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.
Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu.

Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu. –Kedahnews.com