SEJAK kebelakangan ini pelakon Uqasha Senrose dilihat semakin akrab dengan rakan artis Fathia Latiff.
Persahabatan yang terjalin di antara dua aktres ini mula dikatakan rapat sejak beberapa bulan lalu dan sejak dari itu, mereka sering menghadiri majlis hiburan bersama-sama bak BFF (bestfriend forever).
Walaupun mereka rapat, namun kedengaran juga ada sesetengah peminat yang tidak berapa suka aktres kesayangan mereka, Fathia rapat dengan Uqasha yang dilihat boleh membawa pengaruh buruk terhadap pelakon kacukan Arab itu.
Ini semua gara-gara tindakan Uqasha yang mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas hanya mampu bertahan selama setahun dengan imej berhijab.
Mengulas mengenai dakwaan tersebut, Uqasha menjelaskan, “Takkan nak berkawan pun tak boleh? Pada saya, hubungan persahabatan kami memang ikhlas. Apatah lagi, saya tidak pernah mengajak atau mengajar dia melakukan perkara tidak baik. Salahkah kami berdua bersahabat.”
“Bukankah dalam hal seperti ini ia bergantung individu itu untuk menilai atau melakukan perkara baik atau buruk. Tepuk dada tanya selera. Fathia sudah saya anggap bukan saja sahabat, malah kakak dan ahli keluarga. Fathia banyak beri tunjuk ajar pada syaa untuk memperbaiki mutu lakonan, selain memberikan kata-kata nasihat,” kata pelakon berusia 25 tahun itu.
Menurut kakak Nelydia ini lagi, dia kini mengambil pendekatan enggan mendengar tohmahan-tohmahan orang luar bagi meneruskan kehidupannya yang mendatang.
Yang penting, dia sama sekali tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja yang sudi menjadi rakannya biarpun dirinya sebelum ini sering kali dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. –Kedahnews.com