Pelajar tekun mendengar penerangan berkaitan tenaga hijau |
PENDANG - Pameran bergerak berkaitan tenaga hijau dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang mencuri tumpuan 890 pelajar Sekolah Menengah Model Khas Bukit Jenun, Pendang sejurus tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 9 pagi semalam.
Ketua pameran, Syafiq Saifullah Azmi berkata, pihaknya berasa sangat seronok apabila pelajar dan para guru memberikan sambutan di luar jangkaan.
"Unit pameran bergerak ini merupakan salah satu unit dalam organisasi Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga USM.
"Pameran sebegini sangat penting dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan Tenaga Hijau kepada masyarakat," katanya ketika ditemui di pameran tersebut.
Menurutnya, kesemua kiosk pameran diletakkan di dalam sebuah lori di mana lori berkenaan bergerak dengan menggunakan 100 peratus minyak masak terpakai sebagai bahan bakar selain menggunakan 100 peratus tenaga elektrik yang dijana daripada tenaga suria.
"Di dalam lori berkenaan kita sedia beberapa kakitangan untuk memberi penerangan kepada para pelajar berkaitan apa yang dipamerkan.
"Antara pembelajaran yang boleh difahami pelajar ialah berkaitan kincir angin, pemanas air, penyuling air suria, dapur parabolik, ketuhar suria, dan juga turut terdapat pendedahan berkaitan biojisim iaitu sampel tumbuhan mampat dalam bentuk pepejal dan cecair," jelasnya.
Tambah Syafiq, pameran bergerak ini akan menjelajah kesemua sekolah, universiti dan kawasan komuniti bandar dan luar bandar.
Sementara itu, Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan, Aslina Abu Kasim berkata, pihaknya menjemput pihak USM untuk menjalankan pameran adalah bersempena minggu subjek Sains dan Matematik peringkat sekolah.
"Melalui pameran ini, para pelajar kita memperoleh banyak maklumat berkaitan teknologi hijau," katanya.
Kesemua pembelajaran ini turut terdapat di dalam silibus buku teks mereka dan ini memberikan mereka keseronokan untuk belajar kerana konsepnya mudah untuk difahami.
Pelajar, Nur Bahiah Azmi, 11 berkata, dia mempelajari banyak perkara berkaitan tenaga hijau.
"Saya berasa sangat seronok dan teruja apabila dapat melihat elektrik berfungsi hanya menggunakan cahaya matahari. Ini adalah pengalaman baru buat saya dan rakan-rakan," katanya.
Sumber: Sinar Harian