PETALING JAYA – Seorang suri rumah yang hamil lima bulan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, kerana memperdaya seorang wanita berhubung proses mempercepatkan giliran menunaikan ibadah haji yang tidak wujud.
Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu selepas Hidayatul Akmal Yusoff, 28, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan memperdaya Siti Dara Darman, 52, dengan mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai RM9,500 kepadanya bagi mempercepatkan proses giliran ibadah haji bagi tahun 2016.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di premis Tabung Haji Kelana Jaya, pada 21 Sept 2015 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan ibu dua anak itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia direman pada 12 Jan lalu. Pada 12 Jan lepas wanita itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, dia gagal membayar wang jaminan itu.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muniswer Poniah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya dijangka melahirkan anak ketiga, Ogos ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.
Mengikut fakta kes, mangsa berjumpa tertuduh di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum tertuduh mengarahkannya untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan wang tunai RM9,500 kepadanya bagi tujuan mempercepatkan proses haji 2016.
Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak Tabung Haji selepas penyerahan wang tersebut dan tertuduh terus gagal dihubungi.
Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak Tabung Haji dan hanya memperdaya mangsa. – BERNAMA