Seorang wanita yang juga pengganggur tergamak meminta derma daripada orang ramai menerusi laman web GoFundMe hanya semata-mata untuk membeli makanan segera dan minuman keras.
Tyler Jane Laurie, dari Toowoomba, Queensland, telah menjadikan GoFundMe, yang ditubuhkan untuk membantu golongan yang memerlukan bagi meminta wang dengan sasarannya adalah sebanyak RM100.
Dia menggunakan tema kempen ‘Need some Maccas and vodka’ dan telah dimuatnaik pada Mac lalu.
“Saya sangat terdesak. Saya tidak bekerja dan saya tahu ini adalah perbuatan pentingkan diri tetapi saya amat mahukan makan itu dan kemudian menjadi mabuk.
“Tolonglah jadi orang yang murah hati dengan memberikan saya sumbangan itu kerana saya amat memerlukannya,” katanya wanita Australia itu.
Namun begitu, difahamkan tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada wanita pemalas tersebut. – Kedahnews.com