Pemuda PAN Baling, Mohd Izuwan kiri, Yaakob dua kiri, Mohd Nor tiga kiri dan Abdullah Shabudin dua kanan di hadapan dangau milik Yaakob. |
BALING - Seorang warga emas dari Kampung Surau di sini, berharap permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dipohon sejak 2015 mendapat perhatian pihak berwajib.
Yaakob Ibrahim, 68, berkata, dia kini tinggal di sebuah pondok yang dibina hasil gotong royong penduduk.
"Selepas isteri meninggal dunia pada 2005, saya tinggal bersama salah seorang anak saya. Kesemua empat anak sudah berkahwin, dan saya tidak mahu susahkan mereka, lalu saya ambil keputusan tinggal berseorangan," katanya.
Menurutnya, dia tidak mahu membebankan anak-anak kerana mereka hanya bekerja kilang dan menoreh getah.
"Anak saya ada tanggungan masing-masing, pendapatan mereka hanya anggaran RM 1,000 ke bawah. Rumah yang didiami anak-anak semuanya sewa," katanya.
Katanya lagi, bekalan elektrik dan air diperoleh daripada ehsan jiran berdekatan.
Sementara Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Surau, Abdullah Shabudin Ishak, 62, berkata, warga emas itu turut mengambil upah menoreh getah dan amat memerlukan bantuan.
"Saya harap ada pihak tampil bantu, JKKK akan memantau kebajikan Yaakob buat masa ini," katanya.
Bilal 1 Masjid Kampung Charok Puteh, Mohd Nor berkata, pihak masjid bersimpati dengan keadaan Yaakob dan berharap kebajikannya terbela.
"Saya mewakili Masjid Kampung Charok Puteh berharap impiannya memilik rumah tercapai," katanya.
Manakala, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan Pemuda PAN Negeri Kedah, Mohd Izuwan Zaini berharap permohonan rakyat diberikan perhatian secara berterusan dan bukannya bermusim.
"Pihak bertanggungjawab terutama Adun atau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( Keda) diminta respon terhadap permohonan rakyat. Isu kemiskinan jangan dipolitikkan dan hanya tunggu musim pilihan raya baharu ditunaikan,” katanya.
Menurutnya, hentikan permainan politik kotor mahupun karenah birokrasi, kerana Yaakob memenuhi syarat ditetapkan untuk kemudahan rumah PPRT.
Terdahulu, wakil Masjid Charok Puteh, PAN kawasan Baling dan JKKK Kampung Surau, menziarahi Yaakob di kediamannya.
Sumber: Sinar Harian