Lokasi Sungai Muda di mana mangsa dipercayai menangkap ikan dan terjatuh. |
SUNGAI PETANI - "Saya tak sangka kami baru sahaja jumpa semalam, hari ini ayah dah pergi,"demikian luahan Md Saad, 53, anak kepada mangsa lemas, Abu Bakar Udoh, 80.
Abu Bakar yang menjalankan tugas rutin sebagai nelayan sungai menangkap ikan dan udang galah sejak 50 tahun lalu keluar dari rumah kira-kira jam lapan pagi sebelum dipercayai terjatuh di perairan Sungai Muda dekat Kampung Jawa, Pinang Tunggal dua jam kemudian ketika sedang mengumpul hasil tangkapannya.
Sementara itu, Mohd Syafik Md Yusoff, 29, berkata, ketika sedang bersiap-siap di tepi sungai untuk memancing, dia dan rakan ternampak perahu Abu Bakar hanyut dan mangsa dilihat terkapai-kapai meminta bantuan di seberang sungai.
"Jaraknya lebih kurang 200 meter dari tempat saya duduk, kawan segera mendayung dan berenang ke lokasi namun tak sempat membantu kerana air deras dan mengambil masa untuk ke sana,"katanya.
Dia kemudian menghubungi panggilan kecemasan bagi meminta bantuan.
Yusof Omar, 59, berkata, dia agak lambat ke lokasi kerana ada hal di tempat lain, namun sebaik sampai, dia terus turun ke sungai menyertai operasi mencari dan menyelamat.
"Dalam tempoh 20 minit, saya dapat rasakan tersentuh topi mangsa yang masih terikat di kepala, keadaan mangsa juga boleh dikatakan dalam situasi baring terapung dan tidak tenggelam terlalu dalam,"katanya lega dengan penemuan itu.
Anak mangsa, Md Saad bersyukur kerana jasad ayahnya ditemui dalam masa singkat kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang pendiam, gigih menjalankan kegiatan menangkap ikan bagi menyara kehidupan serta disenangi selain rajin menunaikan solat berjemaah di masjid.
Turut berada di lokasi kejadian menyertai operasi ialah pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta penduduk kampung dan rakan nelayan lain.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Sumber: Sinar Harian