PELAKON Lisa Surihani yang kini sarat mengandung nampaknya sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya.
Berbeza dengan kehamilan pertama, kali ini pasangan selebriti Lisa dan Yusry KRU nampaknya lebih terbuka berkongsi detik indah bersama peminat.
Terbaharu, Yusry memuat naik gambar terkini Lisa yang jelas menampakkan ‘baby bump‘-nya semakin membesar.
Menerusi perkongsian itu, Yusry memaklumkan waktu untuk isterinya melahirkan anak kedua sudah hampir tiba.
“We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah,” tulis Yusry.
Perkongsian bergambar itu ternyata menarik perhatian para peminat yang mendoakan agar urusan bersalin bintang jelita ini dipermudahkan.
Sementara itu, ada beberapa peminat membuat tekaan bahawa Lisa kini sedang hamil anak lelaki. Agakan itu dibuat barangkali berdasarkan bentuk ‘baby bump’ Lisa.
Sama-sama kita nantikan, sama ada betul Lisa akan melahirkan bayi lelaki atau perempuan, dan sama-samalah kita doakan agar semuanya selamat bagi pasangan ideal itu. –Kedahnews.com