ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan 12 mangsa yang cedera petang kelmarin akibat ribut melanda di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut yang menjadi venue Muktamar PAS ke-63, dibenarkan pulang semalam.
Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, setakat jam 5 petang ini, hanya seorang wanita berusia 44 tahun masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sementara menunggu untuk menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kanannya.
Dalam kejadian kira-kira 7.25 petang kelmarin, seramai 13 daripada 20 mangsa berusia 12 hingga 66 tahun dikejarkan ke HSB setelah mengalami kecederaan akibat terkena besi khemah utama tapak pameran dan jualan kompleks tersebut, manakala selebihnya dirawat di lokasi kejadian.
“Seramai 47 anggota perubatan dan kesihatan terlibat, dan sejumlah 14 buah ambulans dan sebuah van Rapid Response Vehicle telah digerakkan bagi bantuan kecemasan yang bermula 7.50 malam sebelum ia ditamatkan pada pukul 11.15 malam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya menerusi kenyataan.
Angin kencang dan hujan yang berlaku selama 30 minit menyebabkan khemah yang menempatkan gerai pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (Ku-Haraki) runtuh dan ketika kejadian, dianggarkan 3,000 orang memenuhi tapak perniagaan kompleks berkenaan. – BERNAMA