13 Terbunuh Dalam Serangan Bom Kereta Di Afghanistan

BEBERAPA lelaki Afghanistan memeriksa sebuah kereta yang musnah

Afghanistan - Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam serangan bom kereta di bandar yang terletak di timur Afghanistan ini ketika kebanyakan umat Islam mula berpuasa semalam.

Walaupun tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu setakat ini, pihak berkuasa wilayah percaya serangan tersebut dilakukan kumpulan pemberontak yang dibiayai Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Khost.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish mengesahkan serangan berkenaan dan memeberitahu, sekurang-kurangnya enam lagi mangsa cedera dalam serangan tersebut termasuk dua kanak-kanak.

“Sasaran utama penyerang nekad ini ialah stesen bas awam dan kebanyakan mangsa berpakaian biasa ketika serangan berlaku. Jadi, sukar untuk mengenal pasti identiti mereka buat masa ini,” katanya. 

Sumber: Utusan