PENYANYI rap, Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 28, memberitahu hidupnya terjejas apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya, Mudassir Muzzammil selama 2 bulan.
Menurut Waris, dia terpaksa berjauhan dengan anaknya yang berusia 8 bulan itu kerana menjalani penggambaran sebuah program travelog di sepuluh buah negara Asia, Februari lalu.
“Rasa macam tak betul bila dua bulan tidak berjumpa dengan anak. Saya bimbang dia tidak mengenali saya pula kerana sebelum ini saya yang jga dia setiap hari kerana isteri bekerja.
“Semua benda yang saya buat jadi serba tak kena kerana terlalu memikirkan anak. Ini merupakan kaali pertama kami berjauhan sejak dia dilahirkan,” katanya kepada mStar Online.
Jelasnya, dia mengetahui betapa pentingnya kasih dari kedua ibu bapa untuk pembesaran anak kerana dahulu dia dibesarkan dalam keluarga yang berpisah.
“Kasih sayang ibu dan bapa amat penting untuk anak, dulu saya dibesarkan dalam keluarga yang berpisah, jadi saya tahu ia memang perkara yang sukar.
“Jadi saya mahu anak saya dapat kasih sayang yang seimbang dari saya dan isteri,” ujarnya. –Kedahnews.com