20 Tahun Penutup Pen Dalam Paru-Paru


HUAIHUA - Seorang lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan batuk yang teruk sejak 20 tahun lalu terkejut apabila doktor mengeluarkan penutup pen yang tersangkut di paru-parunya.

Doktor di sebuah hospital di sini mengeluarkan penutup pen yang hampir hancur itu selepas lelaki itu datang mendapatkan rawatan akibat batuk berdarah.

Apabila doktor menunjukkan penutup pen itu, lelaki itu yang dikenali sebagai Wang baru teringat dia pernah menelan objek berkenaan ketika kanak-kanak.

Sejak itu Wang mengalami batuk berterusan dan sakit dada tetapi dia tidak menyangka penyakit itu berpunca daripada penutup pen yang ditelannya.

Katanya, dia mengalami penyakit itu sejak dia berusia enam atau tujuh tahun lagi.

Sumber: Harian Metro