4 Askar Indonesia Maut


JAKARTA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya empat askar terbunuh manakala lapan lagi cedera ketika latihan ketenteraan di sebuah pulau di Laut China Selatan, menurut jurucakap tentera, semalam.

Insiden kemalangan di Tanjung Datuk Natuna itu berlaku apabila meriam yang digunakan ketika latihan melibatkan satu batalion rizab tentera tersebut gagal berfungsi, kelmarin.

"Meriam itu tidak dapat dikawal dan mengenai beberapa tentera," kata jurucakap tentera, Alfret Denny Tuejeh.

Menurutnya, meriam tersebut dibeli pada 2003 dan telah digunakan sehari sebelum kejadian itu tanpa sebarang masalah.

Susulan itu, tentera telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.

Pada 2013, lima termasuk seorang jurugambar wanita warga Amerika Syarikat maut ketika latihan mortar melibatkan tentera unit berkuda Afghanistan di wilayah Laghman, lapor Agensi.

Sumber : Sinar Online `