PASUKAN ketenteraan dianggap sebagai salah satu daripada cabang penting untuk menjaga keamanan dan kestabilah sesebuah negara.
Oleh itu, saban tahun, ada kerajaan yang memerintah sanggup mengeluarkan dana bajet jutaan ringgit bagi memperkasakan benteng pertahanan negara.
Antara negara-negara di seluruh dunia, lima negara ini disifatkan sebagai negara yang mempunyai benteng ketenteraan yang paling ampuh di dunia.
1. Amerika Syarikat
Bajet: AS$601 billion
Askar: 1,400,000
Kereta Kebal: 8,848
Jumlah pesawat: 13,892
Kapal selam: 72
Bajet: AS$601 billion
Askar: 1,400,000
Kereta Kebal: 8,848
Jumlah pesawat: 13,892
Kapal selam: 72
Amerika Syarikat (AS) mendominasi kedudukan teratas negara paling kuat dari segi ketenteraan. Negara Uncle Sam ini memperuntukkan bajet tahunan kira-kira AS$601 bilion.
AS juga memiliki sekurang-kurangnya 8,848 kereta kebal, 13,892 buah pesawat dan 72 buah kapal selam. Selain aset ketenteraan, AS juga memiliki kira-kira 1.4 juta askar yang aktif.
2. Rusia
Bajet: AS$84.5 billion
Askar: 766,055
Kereta kebal: 15,398
Jumlah pesawat: 3,429
Kapal Selam: 55
Bajet: AS$84.5 billion
Askar: 766,055
Kereta kebal: 15,398
Jumlah pesawat: 3,429
Kapal Selam: 55
Tangga ke-2 milik Rusia yang pernah dinobatkan sebagai negara kuasa terhebat dunia.
Negara di bawah pemerintahan Presiden Vladimir Putin ini sanggup membelanjakan AS$84.5 bilion untuk ketenteraan, memiliki 766 ribu lebih askar yang aktif, 15,398 kereta kebal, 3,429 pesawat dan 55 buah kapal selam.
Dari segi senjata nuklear, Rusia berada di belakang Amerika Syarikat.
3. China
Askar: 2.3 juta
Kereta kebal: 9,150
Jumlah pesawat: 2,860
Kapal Selam: 67
Askar: 2.3 juta
Kereta kebal: 9,150
Jumlah pesawat: 2,860
Kapal Selam: 67
China tergolong dalam kelompok tiga negara teratas yang paling berkuasa di dunia.
Seperti yang anda boleh lihat dari statistik di atas, bilangan kakitangan aktif adalah lebih 2 juta, menjadikan China tentera yang terbesar di dunia, selain memiliki armada kapal selam kedua terbanyak di belakang Amerika Syarikat.
4. Jepun
Bajet: AS$41.6 billion
Askar: 247,173
Kereta kebal: 678
Jumlah pesawat: 1,613
Kapal Selam: 16
Bajet: AS$41.6 billion
Askar: 247,173
Kereta kebal: 678
Jumlah pesawat: 1,613
Kapal Selam: 16
Jepun menduduki tempat ke-4 antara negara-negara yang paling berkuasa dari segi ketenteraan meskipun ia hanya sebuah negara kepulauan kecil berbanding AS, Rusia dan China.
5. India
Bajet: AS$50 billion
Askar: 1,325, 000
Kereta kebal: 6,464
Jumlah pesawat: 1,905
Kapal Selam: 15
Askar: 1,325, 000
Kereta kebal: 6,464
Jumlah pesawat: 1,905
Kapal Selam: 15
India mengungguli tangga ke-5 sebagai pasukan tentera yang kuat dengan hampir 1,325,000 anggota tentera yang aktif.
Setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi tujuan kemajuan dalam teknologi nuklear dan lain-lain dalam sektor pertahanan.
Malah India dijangka menjadi negara keempat tertinggi di dunia mengeluarkan dana untuk sektor pertahanan pada tahun 2020.-Kedahnews.com