Antara penagih yang ditahan dalam operasi di sekitar Jitra |
JITRA - Seramai 67 orang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati menyalahgunakan dadah di tiga sarang penagihan sekitar Kubang Pasu melalui Ops Gempur AADK yang dijalankan sejak petang kelmarin.
Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, operasi bermula jam 5 petang dan berakhir 4 pagi tadi tertumpu di kawasan kampung dan pekan sekitar Jitra, Ayer Hitam, dan Tunjang.
"Kesemua 67 yang ditahan berusia 17 hingga 45 tahun dan 60 daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin, syabu dan ganja.
"Kita menahan mereka di sekitar rumah, dan beberapa sarang penagihan lain yang dikenal pasti berdasarkan risikan yang kita buat selama beberapa minggu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, semalam.
Kesemua yang ditahan dihantar ke Pusat Remaja Klinik Cure&Care 1Malaysia di Karangan, Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dan Batu Kurau, Perak. - Bernama