ABPBH 3.0: Bawa 2 Isteri, Ashraf Muslim Jadi Tumpuan Ramai


KELIBAT pelakon Ashraf Muslim yang membawa bersama kedua-dua isterinya dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0) semalam menarik perhatian semua pihak.

Menurut aktor itu, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa ‘gigih’ mengusung kedua-dua isterinya, Noor Diyana dan Wan Sakinah ke majlis penuh glamor itu.

“Sebelum ini saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama. Diyana dan Sakinah adalah kekuatan dan penyokong utama saya.

“Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri. Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya,” ujarnya memetik BH Online.

Dalam majlis bertemakan Futuristik itu, Ashraf tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular yang mana anugerah itu menjadi milik Fattah Amin yang turut bergelar Bintang Paling Popular. –Kedahnews.com