SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Syarikat (AS).
AirAsia dalam satu kenyataan semalam berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan.
Ia malahan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.
“Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu,” kata syarikat penerbangan itu.
Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan ‘Pick A Seat‘ Airasia.
Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed.
Tawaran tersebut turut disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat lain.
“Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma,” kata syarikat itu.
Sejak beroperasi pada 2001, AirAsia memiliki operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia, New Zealand, Timur Tengah serta AS. – BERNAMA