Anak Kedua Lisa-Yusry Bernama Yusof Leonne


PASANGAN selebriti terkenal, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim menamakan cahaya mata kedua mereka Yusof Leonne.

Perkara itu dikongsikan Lisa menerusi akaun Instagramnya, malam semalam.


Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Selain Yusof, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun.

Lisa dan Yusry bernikah pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun bercinta.

Pasangan ini mengamalkan prinsip enggan terlalu mendedahkan anak mereka di laman sosial sebaliknya hanya akan berkongsi momen-momen tertentu sahaja buat tatapan peminat masing-masing. –Kedahnews.com