Kita sering lihat kanak-kanak dari luar negara memperagakan pakaian kanak-kanak dan menjadi model untuk jenama antarabangsa.
Namun, lain pula yang terjadi kepada sebuah keluarga berasal dari Malaysia yang menetap di Norway apabila kedua-dua anak perempuan mereka dilamar untuk menjadi model kepada sebuah jenama pakaian Norway, Nostebarn.
Maia Sofie Maimunah Oestreich, 6 tahun, atau lebih dikenali sebagai Munah dan adiknya, Adinda Freyja Zainab Oestreich, 2 tahun, terpilih untuk menjadi model pakaian Nøstebarn kerana keunikan wajah mereka.
Munah dan adiknya, Adinda menarik perhatian orang ramai kerana mempunyai rupa paras comel dan rambut keperangan itu turut fasih berbahasa melayu malah pandai menyanyi lagu melayu klasik iaitu “Suriram” di akaun Instagram @super_something malah menganggap orang Melayu cantik-cantik semuanya.
Ibunya, Ardiana Abdul Azam, 34, berkahwin dengan warga Norway dan telah menetap di negara itu lebih dari 3 tahun berpendapat cabaran yang dilaluinya di sana masih boleh diatasi.
“Sebenarnya tak ada cabaran sangat, cabaran itu lebih kepada diri sendiri. Berapa kuat (berpegang pada) asal-usul kamu,” ujarnya pada mStar.
Ternyata usia muda tidak jadi penghalang untuk kanak-kanak comel ini menjadi model dan semoga menjadi contoh yang baik apabila mereka dewasa kelak.
Sumber : Vitdaily