BARU-BARU ini pelakon Anzalna Nasir ada memuat naik gambar buah mangga di laman Instagramnya, lantas membuatkan peminat setia aktres cantik ini membuat andaian bahawa si empunya diri kini sedang berbadan dua.
Mengulas mengenai perkara itu, Anzalna menafikan dia kini sedang hamil seperti mana telahan yang dibuat orang luar.
Menurutnya lagi, buah mangga sememangnya merupakan di antara buah kegemarannya.
"Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil.
"Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya.
"Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri," katanya memetik laporan mStar.
Anzalna dan suami, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari tahun lalu selepas lebih 10 tahun berkenalan.
Pelakon berusia 29 tahun ini juga meminta peminat terus mendoakan agar dia dan suami dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. –Kedahnews.com