AWAS! Taktik Terbaru Syiah Tiru Al-Quran Sesatkan Sunni?


ORANG ramai dinasihatkan supaya berhati-hati kerana ada usaha dari puak-puak Syiah yang bertindak licik cuba menyesatkan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Modus operandi penganut fahaman songsang itu dikatakan adalah dengan mengedar naskhah Al-Quran terbitan Syiah Iran yang menyerupai naskhah terbitan Pusat Cetakan Al-Quran Raja Fahad di Madinah An-Nabawiyyah.

Naskah Al-Quran terbitan Syiah ini dikhuatiri mengandungi kesalahan dan penyelewengan kerana hasil pemeriksaan awal didapati di beberapa muka surat, BARIS-BARIS MATI telah dipadamkan.

Ia telah menimbulkan rasa syak ramai pihak tentang kemungkinan ia telah diubah mengikut versi fahaman yang difatwakan sesat itu. - Kedahnews.com