Azabnya Bila Jalani Proses Buang Tatu


DAPAT dibayangkan bagaimana sakitnya Pasuda Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usahanya membuang tatu terbabit tidak menjadi.

Pasuda memutuskan untuk membuang tatu berbentuk bunga di dadanya itu kerana mahu kelihatan lebih profesional di tempat kerja.

Dia menggunakan bahan kimia Rejuvi yang disapu di bahagian kulit pada bulan Februari lalu namun dalam masa beberapa hari, kulitnya menjadi sakit dan gatal.

Dua bulan selepas itu, Pasuda mengalami kesakitan yang amat sangat dan menderita kerananya. Kulitnya juga berparut.

Pasuda yang berasal dari Udon Thani di Utara Thailand, tidak mahu menggunakan laser untuk membuang tatu tersebut sebaliknya memilih Rejuvi.

“Pada mulanya Rejuvi kelihatan sangat berkesan untuk membuang tatu namun selang beberapa hari ia menyakitkankan.

“Walaupun laser menelan kos yang tinggi namun saya menyesal kerana tidak menggunakan kaedah itu.

“Kesannya sangat buruk dan kesakitannya berlaku pada masa yang panjang,’’ katanya yang mengakui menangis apabila kulitnya merekah.
.
Makmal Rejuvi telah diasaskan oleh Dr. Wade Cheng pada 1988. Beliau merupakan biochemist di San Francisco Bay. –Kedahnews.com