Banduan, Francisco Herrera Argueta, 55 'kantoi' menyamar sebagai pelawat untuk melarikan diri dari penjara. - Foto; El Heraldo |
SAN PEDRO SULA - Aksi licik seorang banduan yang menyamar seperti wanita dengan menggunakan pas pelawat yang tercicir berjaya dihidu pengawal penjara.
Menurut laporan El Heraldo, Francisco Herrera Argueta, 55, 'kantoi' selepas dikesan 'berjalan dengan pelik' dan 'mempunyai suara lelaki' walaupun berpakaian wanita dan memakai rambut panjang palsu.
Selain itu, Francisco juga menggunakan buah dada palsu dan mengenakan skirt dalam cubaannya melarikan diri dari penjara, semalam.
Siasatan awal mendapati Francisco menggunakan menyamar sebagai seorang pelawat wanita, Jacinta Elvira Araujo yang tercicir pas pelawatnya, Ahad lepas.
Sebelum ditangkap, Francisco berjaya melepasi beberapa pagar keselamatan.
Atas kesalah menyamar, Francisco akan dipindahkan ke penjara El Pozo yang disifatkan sebagai penjara paling merbahaya di Honduras.
Sumber: Sinar Harian