Bapa Tertembak Anak Menggunakan Bakakuk

Image result for Bakakuk

KOTA MARUDU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera pada badan akibat ditembak bapanya dipercayai menggunakan senjata jenis bakakuk di Kampung Muhang di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, suspek yang memegang senjata api terbabit dikatakan telah terlepas tembakan lalu terkena anaknya yang sedang bermain di halaman rumah.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitenden Mohd. Izaan Abdullah berkata, selepas insiden tersebut suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai petani itu lari menghilangkan diri.

“Bagaimanapun, pasukan polis berjaya menahan suspek pada pukul 9.30 malam tadi di kawasan berhampiran. Bagaimanapun tiada senjata ditemukan ketika ditahan,” katanya.

Difahamkan, mangsa kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. 

Sumber: UTUSAN ONLINE