SEBANYAK tujuh buah kenderaan termasuk yang diletakkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Lalang Kluang, Johor remuk teruk selepas dirempuh sebuah bas ekspres di kilometer 45.3 Jalan Batu Pahat-Mersing, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan bas tersebut tidak membawa penumpang.
Media tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata bas dari arah Ayer Hitam ke Kluang dipercayai hilang kawalan dan melanggar pokok di kiri jalan sebelum terbabas ke laluan kanan dan melanggar Mitsubishi Triton yang datang dari arah Kluang.
“Bas kemudian terbabas ke kanan dan melanggar pokok dan beberapa kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta kakitangan JPJ,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemandu bas mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah.
Jelasnya, ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas yang berusia 45 tahun itu didapati negatif. –Kedahnews.com