PUTRAJAYA – Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) projek pembangunan Bandar Malaysia adalah keputusan komersial, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Selain itu, Lembaga Pengarah TRX City Sdn. Bhd. membuat keputusan membatalkan SSA itu kerana berlakunya pelanggaran terma kontrak apabila pihak pembeli gagal membuat pembayaran yang sudah tertangguh lebih 10 kali.
“Bandar Malaysia perlu dibangunkan mengikut tempoh tertentu. Kita melihat dari segi perundangan akibat daripada penangguhan, maka keputusan perlu dibuat.
“Sudah tentunya keputusan pembatalan adalah 100 peratus bergantung kepada keputusan komersial. Ia harus dilihat dari segi ‘kerugian peluang’ apabila penangguhan itu terus dilakukan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembatalan SSA Bandar Malaysia.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
TRX City Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan SSA dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd membabitkan jualan 60 peratus modal terbitan dan modal berbayar Bandar Malaysia Sdn. Bhd. luput disebabkan kegagalan pihak-pihak pembeli memenuhi obligasi pembayaran.
Bandar Malaysia yang akan dimajukan secara usaha sama awam swasta adalah projek pembangunan bandar dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM150 bilion.
Projek jangka panjang itu dijangkakan siap dalam tempoh 30 tahun. – BERNAMA