Dzulfazli memberi kata-kata semangat kepada Syarifah ketika lawatan beliau ke rumah keluarga ini |
PENDANG - Bekas pegawai polis berpangkat superintendan yang terlantar sakit akibat strok sejak tiga tahun lalu hanya mampu menitiskan air mata apabila isterinya menceritakan kesusahan mereka meneruskan kehidupan.
Difahamkan, Suhaimy Hashim, 58, yang sebelum ini bertugas di Johor Bahru Selatan diserang strok pada pertengahan tahun 2013, sebelum dibawa pulang ke kampung halaman isterinya, Sharifah Awang, 39, di Kampung Bukit Raya, Pendang.
Menurut Sharifah, suaminya itu secara tiba-tiba diserang strok selepas mandi di rumah mereka tiga tahun lalu.
“Dia diserang strok akibat mengalami tekanan darah yang terlampau tinggi dan kini hanya mampu terlantar di atas katil dan saya yang akan menguruskan semua urusan hariannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.
Sharifah yang juga seorang suri rumah berkata, kini mereka menyara hidup dan persekolahan dua anak yang berusia lima dan lapan tahun dengan wang pencen suaminya yang berjumlah RM3,000 serta sedikit simpanan.
Katanya, wang pencen itu hanya digunakan untuk keperluan suaminya sahaja bagi membeli susu, makanan tambahan dan lampin pakai buang.
“Manakala keperluan persekolahan anak-anak saya menggunakan sedikit wang simpanan yang ada,” katanya.
Keadaan menjadi agak teruk apabila suaminya hanya bergantung kepada susu dan memerlukan satu tin susu setiap hari.
“Harga satu tin susu tersebut ialah RM40 di pasaran dan saya akan membelinya di hospital kerana harganya sedikit murah,” jelasnya.
Menurut Sharifah, dia turut membawa suaminya mendapatkan rawatan Islam dan berharap suaminya dapat sembuh seperti sediakala.
Kesusahan keluarga Sharifah mendapat perhatian Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kawasan Pendang.
Wakil pertubuhan tersebut yang merupakan Ketua Skuad Gerak Khas, Dzulfazli Osman berkata, kehadiran mereka bertujuan membantu memberikan semangat buat keluarga itu meneruskan kehidupan dengan baik.
“Insya-ALLAH Perkasa akan berusaha mencari dana bagi membantu keluarga ini supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik,” katanya.
Sumber: Sinar Harian