SEBAHAGIAN wang kertas yang dikeluarkan oleh pakar bedah daripada perut seorang wanita Colombia.
|
BOGOTA - Gara-gara terdesak, seorang wanita Colombia sanggup menelan wang kertas berjumlah AS$7,000 (RM28,000) ketika bergaduh dengan suaminya, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Mirror, wanita berusia 30 tahun itu menelan wang kertas not AS$100 yang merupakan wang yang diperoleh hasil menjual beberapa barangan elekrik di rumahnya dan mahu digunakan untuk pergi bercuti bersama suami.
Bagaimanapun punca pergaduhan kedua-dua pasangan itu tidak dapat dipastikan tetapi doktor terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan wang kertas daripada perut wanita terbabit.
Menurut Pengarah Unit Pembedahan Hospital Universiti Satander,, sebanyak 57 keping not AS$100 dikeluarkan daripada perut dan usus kecil wanita yang tidak dinamakan itu.
Kebanyakan wang kertas terbabit dikeluarkan menerusi saluran usus manakala kecil dan selebihnya melalui usus besar.
"Duit itu ditelan tanpa dibaluti dengan plastik, menunjukkan tindakan wanita itu sebagai terdesak," katanya.
Sumber: mStar