Bergaduh Di Hadapan Hospital Ampang, Dua Ditahan


PANDAN INDAH - Dua lelaki telah ditahan polis berhubung kejadian gaduh di hadapan Hospital Ampang, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata empat anggota polis sedang membuat rondaan di kawasan itu apabila mereka melihat sekumpulan lelaki seramai kira-kira 80 orang sedang bergaduh dan mengarahkan mereka bersurai kira-kira pukul 3.15 pagi Isnin.

"Mereka telah menggunakan topi keledar sebagai senjata dan tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai," katanya.

Pergaduhan itu telah dirakamkan dan video telah dikongsi di media sosial.

Dalam video itu, dua lelaki dilihat cuba melarikan diri dengan motosikal, manakala sekumpulan lelaki cuba menghalang mereka daripada berbuat demikian.

Di tengah-tengah kekecohan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun yang memegang parang.

"Suspek yang memegang parang itu cuba melarikan diri tetapi menangkapnya dan merampas senjata itu," kata Hamzah.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata di tempat-tempat awam.

Sumber: mStar