Mayat mangsa dibawa pulang ke jeti Kuala Kedah oleh nelayan yang menyelamatkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis. |
ALOR SETAR - Empat nelayan warga asing berusia lingkungan 30-an hingga 50-an melalui detik cemas selepas bot pukat tunda zon C yang dinaiki mereka disyaki dilanggar sebuah kapal dagang di kawasan 37 batu nautika barat Kuala Muda.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu menyebabkan seorang daripada mereka maut, seorang hilang dan dua lagi diselamatkan nelayan berdekatan.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim, Kapten Zulinda Ramly berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11 pagi sebelum mengarahkan aset ke lokasi kejadian.
"Sewaktu kejadian, berlaku hujan yang agak lebat dan mereka sedang menaikkan pukat ke atas bot. Tiba-tiba mereka dilanggar sebuah kapal dagang yang datang dari arah Pulau Pinang menghala ke arah utara semenanjung," katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan bot pukat tunda yang disewa daripada seorang pemilik di Kuala Kedah karam sepenuhnya.
"Kita telah aktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang kira-kira jam 3 petang. Radius pencarian lebih kurang lima batu nautika daripada titik lokasi kejadian.
"Mayat mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak keluarga," katanya.
Ujarnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang diteruskan jam 7 pagi hari ini selepas ditangguhkan kira-kira jam 7 malam, kelmarin.
Sementara itu, pemilik bot berkenaan, Cheng Boon Tooi, 53, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.
"Mereka sewa bot saya pada Jumaat lalu dan sepatutnya balik pada esok (semalam). Saya pun tak sangka akan berlaku macam ini sebab mereka memang kerap sewa bot saya dan selalu ke laut," katanya.
Sumber: Sinar Harian