Buku Fattah Amin Paling Popular Di Pesta Buku KL?


WALAUPUN buku tulisannya mendapat kritikan ramai, namun jangan tidak tahu buku 99 Kata #QalifModen Fattah Amin rupa-rupanya menjadi buku paling popular sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 (PBAKL 2017).

Walaupun baharu sahaja tiga hari PBAKL 2017 berlangsung untuk peminat buku tempatan, namun rata-rata peminat buku teruja mahu mendapatkan buku tulisan aktor popular itu sekali gus menobatkan karya tersebut sebagai buku yang paling laku setakat ini di pesta buku berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fattah yang dipetik menerusi sebuah akhbar berkata;

“Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan novel. Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya.”

Selepas buat coffee table book, kini Fattah baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir yang diilhamkan daripadanya.

Novel tersebut diberi judul sama seperti single lagu Fattah berjudul Wanita Terakhir selain aktor itu juga mempunyai perancangan untuk menerbitkan drama berdasarkan jalan cerita novel itu kelak. - Kedahnews.com