China Pasang pelancar roket


BEIJING - CHINA. China dilaporkan memasang pelancar roket di Laut China Selatan untuk menghalang penyelam perang tentera Vietnam, menurut laporan akhbar Defence Times, kelmarin.

Akhbar tersebut menerusi akaun WeChat melaporkan, sistem pertahanan pelancar roket Norinco CS/AR-1 berukuran 55 milimeter yang berupaya mencari, mengenal pasti dan menyerang musuh penyelam perang itu dipasang di Fiery Cross Reef di Kepulauan Spratly.

Laporan bagaimanapun tidak menyatakan bila sistem pertahanan berkenaan dipasang, namun memberitahu ia adalah sebahagian daripada tindak balas yang bermula Mei 2014 apabila penyerang Vietnam menempatkan sejumlah besar pukat di Kepulauan Paracels.

Menurut China, pembinaan ketenteraan di pulau yang dikawal di Laut China Selatan akan terhad kepada keperluan pertahanan dan ia boleh melakukan apa sahaja di wilayahnya sendiri.

Difahamkan, Fiery Cross Reef ditadbir oleh Beijing dan turut dituntut Filipina, Vietnam serta Taiwan. - Reuters