DAP Kata Abdul Hadi Belajar Dari Mohd Najib

ALOR SETAR – Parti cauvinis DAP mendakwa bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi kini sudah belajar dan mengikut rentak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak apabila meletakkan orang terdekat dengannya bagi jawatan pengarah pilihan raya pusat.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, perlantikan Ahmad Samsuri Mokhtar membuktikan bahawa Abdul Hadi telah memasang niat untuk menyebarkan dan menguatkan pengaruhnya di semua bahagian termasuklah di negeri yang kurang mendapat sokongan.

"Saya fikir Abdul Hadi belajar daripada Datuk Seri Najib Razak, iaitu tukar semua pemimpin di bawahnya dengan orang yang boleh wala dengan dia.

"Dalam situasi hari ini, ketaatan kepada Abdul Hadi mengatasi yang lain-lain," katanya.

Menurutnya, perlantikan tersebut mengundang pelbagai tafsiran dan pelbagai kemungkinan walaupun pada dasarnya keputusan perlantikan tersebut sebenarnya dibuat oleh kepimpinan negeri Selangor yang kini berada dibawah pengaruh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain itu, Edry turut mendakwa tindakan tersebut boleh mengundang spekulasi serta keraguan sesetengah pihak kononya Abdul Hadi tidak yakin dengan beberapa pemimpin PAS di Selangor. – Kedahnews.com