Dapur, Tandas Restoran Di Putrajaya Kotor


PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di beberapa restoran dan kedai makanan di pusat pentadbiran kerajaan di sini yang didapati kotor.

Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, tahap kebersihan yang tidak memuaskan terutama di bahagian dapur dan tandas bukan sahaja berlaku di restoran-restoran yang mendapat Gred B, malah turut dikesan di kedai makanan Gred A.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar premis yang didapati kotor tersebut.

“Masalah ini berpunca daripada sikap pemilik premis dan pekerja yang tidak mementingkan tahap kebersihan.

“Saya tidak berpuas hati dengan mutu kebersihan di kedai-kedai makanan di kawasan Putrajaya.

Bagi saya, kebersihan mestilah bermula daripada tandas,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi bersepadu pemeriksaan di 10 premis makanan di pusat komersial Bazaar@8 dan Ayer@8 di sini malam kelmarin.

Sumber: Kosmo