DBKL Nafi Tular Promosi Kompaun 1 Saman RM10


KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang tular di media sosial bahawa ia memberi ‘kadar promosi’ satu saman RM10.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata perkara itu tidak benar dan DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan promosi sedemikian.

“Orang ramai yang ingin menyemak notis kompaun ke atas mereka sebenarnya boleh merujuk terus menerusi appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp.

“Juga berhubung terus dengan pegawai kompaun di Kaunter 13, Menara DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.– BERNAMA