ALOR GAJAH – Seorang penoreh getah nekad meminum racun rumpai sebelum mengelar leher isterinya menggunakan pisau tumpul di Taman Kejora Tebong Melaka petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.55 petang, A. Savariappan, 65, dipercayai mendengar suara halus supaya dia membunuh diri selain runsing dan tidak berselera makan sejak empat hari lalu.
Kejadian mistik itu diakui oleh adiknya, A. Phillips, 54, yang menceritakannya kepada Kosmo! Ahad selepas abangnya ‘menurut permintaan’ tersebut dengan minum racun di rumahnya di Taman Kejora, Tebong di sini.
Lebih dikesali, Savariappan terlebih dulu telah mengelar leher isterinya, A. Sinnamah, 65.
Menurut Phillips, sebelum kejadian, kakak iparnya sempat menelefonnya dalam keadaan menjerit-jerit memberitahu Savariappan seperti dirasuk dan bertindak agresif.
Sumber: Kosmo!